Thursday, December 30, 2010

Merawat Penyakit Hati


HAL YG DIANGGAP BAIK sering mendatangkan HAL YG SEBALIKNYA
 
Banyak perkara yg akhirnya baik, walaupun awalnya dibenci dan tidak disukai...
 
Akhlak dan perilaku seorg kawan akan mempengararuhi akhlak & perilaku kwnnya...Seorg kwn yg jujur, berseri wajahnya, tenang jiwanya - sifat positif ini boleh menular kpd kwnnya.
 
Begitu juga seorg yg cemberut wajahnya, bengis mukanya dll - sifat negetiv akn mendtgkan kesan yg buruk pd kwnnya.
 
Tidak memadai berkwn dgn manusia shj...boleh berkwn dgn buku, tv & radio, dgn demikian kita akan lebih memahami bahawa terdapat pesimisme dlm optimisme & dlm kegelisahan terdpt kedamaian.
 
Dlm pada itu kita mesti tahu memilih buku yg hendak di jadikan kwn, kerana buku pun ada yg baik & ada yg buruk.
 
PEDOMAN HIDUP...
 
JLN MENUJU BEBAHAGIAN TERBENTANG DI HADAPAN KITA....DAPATKANLAH IA DLM LAUTAN ILMU, AMAL SOLEH & AKHLAK YG MULIA...BERSIKAP OBJEKTIFLAH DLM SETIAP HAL, NESCAYA KITA AKAN BAHAGIA...
 
ALLAH LAH YG MENURUNKAN KEDAMAIAN KPD MEREKA

Sunday, December 5, 2010

Bagaimana nak memberi semangat pada diri sendiri

Memberi semangat motivasi pada diri sendiri memerlukan Anda untuk mahir mendorong diri sendiri. Untuk mendorong diri sendiri, ikuti tips motivasi ini. Anda perlu :
1. Latih diri untuk mempunyai persepsi yang baik berkenaan realiti hidup.
2. Apa saja yang berlaku, positif atau negatif, cari hikmah disebaliknya. Dugaan Allah wujud dalam bentuk baik atau buruk.
3. Ambil pengajaran dari kisah benar yang berlaku di sekeliling Anda, gali motivasi tersirat sebanyak mungkin.
4. Set matlamat dan cetuskan motivasi yang membakar semangat Anda menuju matlamat tersebut.
5. Memantau diri sendiri, percakapan, perbuatan, perbualan diri sendiri dan respon fikiran pada situasi yang berlaku di sekeliling.
6. Rajin membersihkan hati, rajin bersyukur atas semua yang Anda ada.

Pendek kata, pilih untuk jadi orang yang ada motivasi!

Thursday, November 11, 2010

Ketelusan - Asas pembinaan pekerti

KETELUSAN ialah suatu sikap berterus terang, jujur dan ikhlas daripada diri remaja sendiri terhadap seseorang atau sesuatu. Ketelusan membayangkan apa yang dilihat pada diri remaja, begitulah juga bayangan zahir dan batinnya. Niat remaja, tutur katanya dan tingkah lakunya adalah bayangan apa yang ada di dalam hati supaya ia tidak dilihat sebagai bertentangan, bercanggah atau tidak selari. Pada peringkat remaja lagi sikap telus kena ada supaya apabila dewasa nanti remaja tidak akan jadi manusia pura-pura atau hipokrit.

Konsep telus ini sangat penting bagi seseorang manusia kerana ketelusan membawa kepada sifat ikhlas dan jujur. Ia menyuburkan rasa percaya dan keyakinan orang terhadap remaja. Sering berlaku umpamanya, remaja berbohong dengan ibu bapa, berdusta dengan kawan-kawan, yang dicakapkan tidak serupa dengan apa yang dilakukan. Ia berlaku kadang-kadang atas desakan perasaan rendah-diri atau rasa ego yang tinggi.

Telus

Islam melihat sifat telus ini adalah asas kepada pembinaan pekerti atau peribadi yang baik. Ada peribadi manusia yang bersahsiah dua atau berwatak dua. Di hadapan seseorang ia berwatak lain, di belakangnya jadi lain. Di majlis resmi lain, di belakang majlis resmi lain. Di pejabat lain tetapi di rumah lain. Di depan ketua kelihatan baik, di belakang berlaku sebaliknya. Ia berlaku akibat tidak ada sifat ketelusan yang akhirnya perlakuan seseorang bersifat dua atau dua piawai. Tetapi kalau para remaja menginsafi bahawa Allah mengetahui apa yang kita lakukan, malaikat mencatatkan apa yang kita buat, remaja mempunyai pedoman yang tinggi bahawa apa saja yang kita lakukan dalam hidup ini, adalah dalam pemerhatian Allah. Oleh itu memiliki sifat yang tidak telus boleh mendorong manusia bersifat munafik, hipokrit, suka berbohong, hilang amanah dan cenderung menyalahgunakan sesuatu.

Ketelusan membawa remaja memiliki peribadi yang tinggi, di hormati dan disegani kerana apabila remaja bercakap benar dengan ibu bapa, guru dan kawan-kawan walau kadang-kadang ia pahit, remaja tidak cuba berpura-pura atau berselindung kerana sesuatu perbuatan yang salah dan sedia mengakui yang baik itu baik dan yang tidak baik itu tidak baik.

Sifat telus ini penting bagi remaja kerana di peringkat remaja, proses pembentukan diri dan watak sedang berlaku. Di peringkat remajalah proses pembinaan identiti diri berjalan. Kalau remaja adalah seorang pelajar, sifat telus boleh membantu remaja menerima ilmu yang baik dan menggunakannya untuk kebaikan. Sekiranya remaja mengakui bahawa ilmu yang diajar adalah sesuatu yang baik, kemudian kebaikan itu tidak dijadikan amalan, remaja sudah menjadi tidak telus pada ilmu. Kalau hal ini terjadi ia bakal membentuk remaja memiliki dua peribadi dan dua watak.

Apabila remaja dewasa nanti, amalan ini akan mengekal dan menjadi sebahagian daripada cara hidup atau gaya hidup. Sebagai pekerja nantinya, amalan tidak telus ini akan berlaku dan ia tidak membantu khidmat kita di tempat kerja. Sebagai ayah atau ibu, nantinya sifat tidak telus menyebabkan imej keibuan atau kebapaan akan jadi cacat. Apabila kita ingin mendidik anak-anak, anak-anak memerhati gelagat dan tingkah laku ibu bapanya. Anak-anak akan akhirnya menyedari ibu bapanya tidak telus. Yang disuruh lain yang dibuatnya lain. Imej seperti ini akan memupuk anak-anaknya membina sifat tidak telus. Akhirnya amalan ketidaktelusan diwarisi. Dan bayangkan sekiranya kita diberi amanah yang tinggi nantinya, sebagai pegawai tinggi, sebagai pensyarah di universiti atau sebagai pemimpin sekiranya sifat telus itu tidak ada, pegawai tidak akan bersifat professional, pensyarah tidak akan menyampaikan ilmu yang benar dan berguna membentuk pemikiran pelajar, dan pemimpin tidak akan berlaku jujur kepada yang dipimpin dan apabila didatangi oleh rakyat ia sering mencari dan memberi dalih.

Berpura-pura

Sifat yang paling dibenci oleh Allah dan Rasul ialah sifat berpura-pura, yang disebut lain dan yang diamalkan lain, lebih-lebih lagi sifat hipokrit atau munafik. Sebab itu sifat utama Rasulullah ialah siddiq atau pun benar. Yang disebut oleh Nabi adalah benar dalam perlakuannya. Yang dinasihat oleh Nabi adalah benar pada amalannya. Yang ditunjukkan oleh Nabi adalah benar pada pekertinya. Contoh seperti Nabi adalah contoh yang terbaik. Daripada contoh yang terbaik menyebabkan timbul rasa yakin dan percaya yang tinggi terhadapnya. Pada hari ini kadang-kadang kita rasa susah untuk mempercayai seseorang, sama ada dari segi cakap mahupun perbuatannya kerana kepura-puraannya terlalu nyata. Semakin payah untuk mencari orang jujur dan ikhlas.

Bagi remaja, sifat ihsan perlu ada. Ihsan bermaksud ``Walaupun kita tidak melihat Allah, kita harus merasakan bahawa Allah melihat kita''. Asas ihsan ini penting kerana remaja akan sentiasa merasakan bahawa tidak ada apa dalam niat, perkataan apalagi perbuatan kita yang terlepas daripada pengetahuan Allah. Sekiranya sifat ihsan ini mendalam dirasakan oleh remaja, insya-Allah remaja akan membina sifat telus pada diri dan pada orang lain. Apalagi sekiranya remaja boleh mengaitkan bahawa bersifat tidak telus boleh membawa kepada dosa. Diri yang berdosa memerlukan keampunan Allah. Bayangkan sekiranya dosa ini terus terhimpun sehingga kita tua akibat ketidak-telusan sudah menjadi amalan dan sebati dengan tabiat kita, bagaimana kita ingin menghadapi Allah nanti.

Kelemahan

Bayangkan juga sekiranya kita tidak telus, kita suka mencari dalih, kita menjadi pura-pura kerana ingin bergaya dan menunjuk-nunjuk, kita sanggup bercakap bohong untuk menutup kelemahan diri, kita sanggup menipu kerana sifat ego yang tinggi dan ia juga berlaku di kalangan remaja atau orang lain, di manakah harapan dalam hidup ini untuk kita bertemu orang ikhlas, orang yang jujur dan orang yang peribadinya dapat dihormati, cakapnya boleh dipercaya dan perbuatannya boleh dicontohi. Sebab itu perlunya sikap telus dan tulus sejak dari kecil lagi hingga ke peringkat remaja, dewasa malah sehingga tua. Sekiranya sifat ini menjadi amalan manusia, amalan jujur, amanah, profesional akan sentiasa menjadi tunggak kehidupan kita.

Ketelusan dalam Islam dikaitkan ikatan kita dengan Allah s.w.t. Akidah, `aqaid atau ikatan yang jelas memantapkan hubungan manusia dengan Pencipta. Para remaja harus dapat merasakan bahawa hubungan menegak dengan Allah merupakan talian ihsan yang terbaik . Ihsan bermaksud dalam melakukan ibadah walaupun kita tidak melihat Allah, tetapi Allah melihat kita. Sifat ihsan yang tinggi menjadikan remaja telus. Apabila kita ingin melakukan sesuatu kita ingat kepada Allah, tahu akan batasan-batasan yang ditentukan oleh-Nya. Faham akan baik buruk sesuatu. Tahu menilai dosa dan pahala, keadaan ini menjadikan remaja telus. Ketelusan remaja kepada Allah akan mendidik remaja telus kepada orang lain. Sifat ini sangat penting bagi remaja kerana apabila masuk ke alam dewasa nanti, para remaja sudah mempunyai tabiat dan kelaziman yang baik.

Apalagi kalau para remaja bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin, intelektual, saintis, ulama, akauntan, peguam, jurutera dan lain-lain asas ketelusan amat dituntut. Meskipun realiti hidup pada masa ini sangat mencabar, namun tabiat telus perlu ada di kalangan generasi muda Islam. Di antara harga yang terpaksa dibayar akibat wujudnya amalan ketidaktelusan, ialah kita bergantung kepada kepandaian dan kepintaran orang lain. Kita juga sering bersandar kepada kekuatan orang lain. Jalan singkat yang selalu dipilih ialah bersikap mengalah, selalu merasakan diri tidak berupaya dan ikhtiar yang lemah. Akhirnya peluang yang diberikan kepada kita faedahnya lebih dikaut oleh pihak lain.

Cabaran

Lebih-lebih lagi menghadapi cabaran globalisasi yang kuat menghimpit, para remaja perlu ada merit atau kecemerlangan dan mempunyai daya saing yang tinggi. Harus diinsafi bahawa bangsa dan umat yang maju berasaskan merit di mana ketelusan adalah syarat penting yang perlu dipenuhi. Kalau mentaliti remaja sentiasa merasakan bahawa tongkat sakti sentiasa ada untuk tampil menolong, ia menjadikan kita tidak telus menghadapi cabaran yang semakin rumit. Telus di sini bermaksud, kita harus bersedia mengakui bahawa sikap hidup kita mesti berubah, ilmu pengetahuan yang bermanfaat perlu dicari, kemampuan mengimbang antara idealisme dan realiti kena ada, ketangkasan untuk mengatur strategi dan kebijaksanaan untuk melakukan perlu dikuasai, supaya kejayaan kita bukan kerana wujudnya dasar-dasar yang memihak, tetapi kecemerlangan kita ialah disebabkan ketelusan yang tinggi untuk bersaing dan juga menghasilkan yang terbaik. 
 
 Oleh PROF DR. SIDEK BABA

Monday, October 11, 2010

Cinta dari kaca mata wanita

Cara wanita merasai cinta itu ialah denga n mengunakan kegiatan percakapan ataupun berbual 2 mengenai cinta itu sendiri.bagi wanita ,pusat cinta dan kemesraan perhubungan antara lelaki dan wanita ialah pada aktiviti bercakap2 dan berbincang mengenai cinta.tanpa aktiviti bercakap2 mengenai cinta dan kasih sayang,wanita berasa tiada kemesraan dalam perhubungan cinta itu.semakin kerap wanita dan pasangannya berbual 2 dan bercakap2 mengenai cinta,wanita semakin berasa perhubungan cinta itu amat mesra.bagi wanita ,mereka mahu terus perkataan cinta itu di ulang2 dan dibisik2kan ke telinganya setiap masa oleh pasangannya yg di cintai.kerana memang begitulah cara wanita memupuk cinta dan kasih sayangnya pada lelaki.walaupun sudah bernikah wanita masih lagi mahu lelaki yg dicintainya membisikkan kata2 cinta padanya.wanita mahu supaya cinta terus dipupuk sepanjang masa tidak kira sing ataupun malam,sama ada sudah mempunyai anak ataupun belum.bagi wanita,berbual adalah suatu aktiviti yang utama dalam menjalinkan kemesraan perhubungan cinta.ini lah yang tidah dimengertikan oleh lelaki. bagi wanita ,aktiviti fizikal perhubungan adalah suatu yang sia2.wanita tidak mendapat apa- apa kenikmatan dan kepuasan jika hanya melakukan aktiviti fizikal bersama2 tanpa berbual2 mengenai cinta. Inilah yang tidak difahami oleh kebanyakkan lelaki berkenaan cinta wanita.

Sunday, August 15, 2010

Perlu ke berahsia dengan pasangan?

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?
Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?
Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh…ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya. Contohnya pasangan yang selalu tanya yang bukan-bukan adalah, saya. Eh…saya gurau sahaja. Mana ada… He3.
Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?
Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok

Wednesday, July 21, 2010

Manisnya Tahajud

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.

Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.

Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.

Sabda Rasulullah bermaksud:

"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."

Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."

Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

Wednesday, June 23, 2010

Cinta dari kaca mata lelaki

Ramai wanita tertanya2 apakah lelaki merasakan emosi yg serupa dengan emosi yg dirasai oleh wanita.apabila mereka bercakap mengenai cinta.perkara ini menjadi misteri bagi wanita disebabkan lelaki tidak suka menerangkan secara terperinci bagaimana perasaan dan emosi mereka apabila sedang mengalami rasa cinta.Bagi lelaki cinta itu adalah suatu peristiwa,suatu kejadian,bukan nya emosi,setiap peristiwa mempunyai permulaan dan penghujung.Dari kaca mata lelaki cinta adalah suatu peristiwa.sekali dia jatuh cinta pada wanita,maka cintanya terus kekal berada pada tempatnya.ia tidak akan berubah melainkan ada perkara2 yg boleh melenyapkan cintanya pada pasangannya.sekali dia melafazkan komitment cintanya sama ada melalui ikatan janji,tali pertunangan,mahupun pernikahan.maka baginya selepas itu perkataan cinta tidak perlu disebut2 lagi.bagi lelaki sekali dia jatuh cinta dia tahu cintanya akan terus kekal berada di tempatnya dan tidak akan diubah2 lagi.bagi lelaki yg telah bernikah,tidak ada gunanya perkataan cinta itu di ulang2 lagi.semata2 untuk dibisikkan pada telinga isterinya.seperti yg pernah dia ucapkan sebelumnya dia berkahwin.inilah yg tidak dimengertikan oleh wanita.Dari sudut pandangan lelaki,pusat nikmat kemesraan perhubungan dengan pasangannya adalah aktiviti fizikal.cara lelaki menjalin dan memupuk perhubungan cinta dgn pasangannya adalah dgn melakukan pelbagai aktiviti bersama pasanganya.bukan dgn bercakap2 dan berberbual2.bg lelaki,persahabatan dan percintaan adalah sambungan kepada pelbagai aktiviti yg mereka lakukan bersama2.dalam erti kata,lelaki dapat bersahabat mahu pun bercinta apabila dapat melakukan aktiviti bersama barulah dia dapat mencapai kepuasan dalam perhubungan.lelaki tidak mendapat apa2 kenikmatan dan kepuasan jika hanya berbual dan bercakap2 tentang cinta.bagi lelaki bercakap bukan suatu aktiviti.inilah yg tidak di fahami oleh kebanyakkan wanita berkenaan cinta lelaki.

Friday, May 21, 2010

Bekal Berumah Tangga

Oleh KH. Abdullah Gymnastiar

"Dan masing-masing orang memperoleh derajat-derajat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya.
Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan."(Q.S. Al-An'am [6]: 132)

Saudaraku yang budiman, janganlah kita menuntut sesuatu kepada orang lain, tetapi tuntutlah terlebih dahulu diri kita untuk berbuat suatu kebaikan semaksimal mungkin.
Tidakkah Allah Azza wa Jalla telah berfirman,"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarrah pun, niscaya ia akan melihat (balasannya).
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, niscaya ia akan melihat (balasannya) pula." (Q.S. Az-Zalzalah[99]:7-8 ).

Artinya, segalanya tergantung kita.
Sesungguhnyalah balasan Allah itu akan sangat dirasakan adilnya manakala kita menyadari satu hal, yakni bahwa segalanya akan kembali kepada kita,
tergantung apa bentuk amal yang dilakukan.
Camkan sekali lagi, bahwa kita tidak akan mendapatkan sesuatu dari apa yang kita inginkan dan harapkan, tetapi kita akan mendapatkan banyak dari apa yang diberikan.

Semakin gemar bersedekah, maka insya Allah akan semakin melimpah rezeki hak kita dari-Nya.
Semakin senang menolong orang lain, akan semakin banyak pula orang menolong kita.
Semakin kita biasakan untuk membahagiakan dan memudahkan urusan orang lain, maka rasakanlah,....
betapa akan semakin banyak hal-hal yang dapat mendatangkan kebahagiaan sementara segala urusan kita pun dimudahkan oleh Allah Azza wa Jalla.
Hendaknya di mana kita berada harus membuat orang lain merasa diuntungkan dengan kehadiran kita.
Setidaknya keberadaan kita jangan sampai merugikan orang lain.
Rumah tangga yang memiliki komitmen hidup semacam ini niscaya akan mendapati betapa jaminan Allah itu teramat mengesankan. ".....
Dan barangsiapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui." (Q.S. Al-Baqarah[2]: 158)

Sebaliknya, semakin susah kepada orang lain, maka hidup ini akan terasa banyak menemukan kesulitan.
Semakin senang berlaku aniaya terhadap orang lain, niscaya akan semakin banyak yang menzhalimi kita.
Demikian pun, rumah tangga yang banyak menyakiti orang lain, niscaya akan menjadi rumah tangga yang banyak tersakiti pula.
Inilah rumus sunatullah yang akan dialami oleh siapapun, sebagaimana pula yang telah ditegaskan oleh-Nya,
"Dan masing-masing orang memperoleh derajat-derajat (seimbang) dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan. "(Q.S. Al –An'am[6]:132)
Oleh karena itu, janganlah ingin menjadi suami yang disayangi istri, tetapi jadilah suami yang menyayangi istri.
Janganlah ingin dihormati oleh anak-anak atau mertua, namun hormatilah mereka. Nanti Insyaallah semuanya akan kembali kepada kita jua.

Janganlah ingin diberi sesuatu oleh jiran tetangga, namun berilah mereka.
Nanti Allah akan menggerakkan hati mereka untuk mengulurkan tangan bantuannya kepada kita.
Walhasil, rumus selanjutnya ilmu sebagai bekal dalam berumah tangga, adalah hendaknya di mana pun kita berada menjadi orang yang selalu dapat berbuat sesuatu.
Itulah amal-amal kebaikan. Wallahu a'lam bish shawab.

Friday, March 19, 2010

Memaafkan Diri Sendiri

Gejala-gejala yang terjadi pada masa lampau masih datang dan pergi tanpa kita sedari, anda baru dapat menemukan jalan untuk keluar dari masalah emosi anda jika pada akhirnya anda menemukan punca permasalahannya.

Jika anda merasa bersalah pada orang lain, anda akan meminta maaf, hanya jika anda telah mengakui pada diri anda sendiri bahwa apa yang anda lakukan adalah salah. Ketika anda menyadari bahwa aborsi adalah sesuatu yang salah dan anda menyesalinya, anda harus berkomitmen untuk meminta maaf pada diri anda sendiri, dan anda harus mampu untuk memaafkan diri anda sendiri. Inilah langkah pertama untuk meninggalkan masa lalu anda demi kebaikan.

Bagaimana caranya anda dapat memaafkan diri anda sendiri? Anda harus dapat berdamai dengan masa lalu anda dengan tidak lagi menyangkal atas kesalahan yang pernah anda lakukan. Anda harus dapat menerima kejadian tersebut sebagai sebhgian masa lalu anda yang tidak dapat di pisahkan dari anda, sesuatu yang telah membentuk diri anda sekarang. Anda tidak dapat merubah sesuatu yang telah terjadi, namun anda dapat menentukan masa depan anda jauh lebih baik dari waktu ini ataupun masa lalu. Jika anda meyakini kejadian ini sebagai sesuatu yang salah bukan bererti hal tersebut akan terus menghantui anda untuk terus memilih cara yang salah. Kesalahan adalah suatu hal yang sangat ilmiah, namun ketika anda melakukan kesalahan lah, anda akan belajar lebih banyak tentang hidup dan kebenaran itu sendiri.

Berdamailah dengan perasaan bersalah anda. sedari bahwa perasaan bersalah anda adalah suatu hal yang normal dan alamiah, namun sedari juga bahawa pengampunan selalu ada bagi setiap orang yang menginginkannya melalui keyakinan anda. tuhan mencintai anda, dan karena kecintaannya pulalah semua dosa memiliki pengampunan


Yakinlah bahwa tuhan akan memberikan pengampunan nya bagi diri anda dan melepaskan anda dari ganguan emosi yang mengganggu anda selama ini. Hanya jika anda telah mampu memaafkan diri anda sendiri, maka anda baru dapat meneruskan hidup anda dengan penuh suka cita. Kerana ketika anda memaafkan diri anda sendiri maka ikatan emosi buruk dengan masa lalu anda tidak dapat lagi mempengaruhi langkah anda ke depannya. Anda akan jauh merasa lebih lega dan lebih percaya diri untuk membuat keputusan penting dalam hidup anda.



pohonlah pengampunan tuhan. Sedari bahwa dengan menerima pengampunan tuhan, rasa bersalah anda akan tergantikan dengan berkah yang besar. berdoalah pada tuhan dan ucapkan dalam doa anda rasa bersalah dan penyesalan anda, berterimakasihlah pada tuhan atas kesempatan besar yang masih dia berikan melalui hidup kini yg masih anda miliki. percayalah bahwa tuhan telah mengampuni anda.

Jika Tuhan saja Maha Pengampuan maka siapakah diri kita yang begitu susah memberikan keampunan….keampunan Tuhan takkan menjangkau diri kita selama kita masih belum dapat memberi ampunan pada diri kita sendiri.

Monday, March 8, 2010

Memahami Rasa Bersalah

Setiap manusia memiliki system nilai bagi dirinya sendirinya, sesuatu yang di bawa sejak manusia pertama kali di lahirkan ke muka bumi dan tidak dapat di cabut atau di gantikan. System penilaian ini dimiliki oleh setiap orang sesuai dengan minda kesedarannya. Salah dan benar yang mengerti sepenuhnya adalah pribadi kita sendiri. Ketika seseorang melakukan kesalahan, meskipun tanpa ada orang lain yang mengetahuinya namun dirinya sendiri sudah mampu memahami kesalahan tersebut. Sekalipun akan ada cara pembelaan diri namun alam bawah sedar kita tetap tidak mampu di kalahkan oleh pembelaan sekular manusia.
Rasa bersalah adalah sesuatu yang secara normal dan alamiah muncul ketika seseorang bertindak tidak sesuai dengan system penilaian peribadi. Rasa bersalah adalah salah satu emosi yang muncul yang bukan untuk di singkirkan atau di sangkal tapi untuk di fahami di mana terletaknya kesalahan dan pengaruh nya atas tanggung jawab yang harus dipikul akan tindakannya tersebut.
Ketika anda merasa melakukan kesalahan terhadap orang lain maka anda akan meminta maaf untuk menghilangkan rasa bersalah anda, lalu jika anda melakukannya pada diri anda sendiri, apa yang harus anda lakukan? Tentu saja jawabannya adalah anda harus memaafkan diri anda sendiri. Tentu saja tidak mudah, kerana kadang memaafkan orang lain lebih mudah daripada memaafkan diri anda sendiri. Namun anda patut terus mencuba untuk memaafkan diri anda sendiri, kerana ketika anda tidak memaafkan diri anda sendiri anda hanya menambah beban yang semakin berat ke dalam hidup anda, dan beban yang berat hanya akan membuat langkah anda terhambat untuk berlari mengejar masa depan yang anda impikan.
Tidak ada manusia yang sempurna, dan kesalahan seseorang tetap terjadi maka perlu ada pada pemahaman yang lebih baik dan lebih bijaksana mengenai kehidupan. Sedarilah bahwa anda tidak sempurna namun juga tidak cacat untuk mampu bijak terhadap diri sendiri.
Jika anda yakin bahwa tuhan maha penyayang dan pengampun, maka mintalah pada nya agar anda mampu memaafkan diri anda sendiri. Tidak ada yang dapat membantu anda mengatasi rasa bersalah anda selain dengan memaafkan diri sendiri dengan kekuatan yang tuhan berikan untuk anda.

Monday, February 1, 2010

Memahami jiwa

Salah satu faktor yang mencipta perhubungan ialah sikap terbuka.sikap terbuka biasanya di ertikan sebagai sikap sedia mendengar pandangan,cadangan,kritikan dan teguran daripada orang lain.dalam bidang komunikasi perhubungan.istilah terbuka mempunyai makna yang berlainan sedikit.lazimnya orang mentafsirkan istilah sikap terbuka dengan pengertian seseorang itu mudah menerima pendapat dan idea daripada orang lain.
Dalam perhubungan,istilah sikap terbuka bermakna kesediaan seseorang itu membenarkan apa yang ada dalam akal fikirannya dan apa yang yang dirasakannya.sesetengah orang tidak suka pasangannya mengenali siapa dirinya yang sebenar.mereka tidak suka memberikan maklumat yang amat peribadi sifatnya.
Sifat terbuka mempunyai perkaitan yang kuat dengan rasa puas hati,perasaan selamat dan bahagia.individu yang bahagia yakin mereka amat kenal pasanganya.oleh demikian mereka boleh meramalkan tingkah laku pasangannya, dan hal itu membuatkan mereka berasa amat selamat.dan adakala satu pihak lagi tidak benar2 mengenali siapa dan sikap pasangannya.dan disebab itu dia tidak tahu apa yang ada dalam kepala dan dalam hati pasangannya.......oleh itu setiap perkara biar lah berlandaskan sikap percaya dan keyakinan ............ smileszz alwayszz