Saturday, January 15, 2011

kejujuran................

Jika diamati, sebahagian masalah yang ada dalam kehidupan manusia adalah disebabkan oleh ketidakjujuran. Seperti keretakan hubungan baik antara sesama manusia. Namun kejujuran akan membuat seseorang berfikir seribu kali untuk melakukannya.

Kejujuran ibarat sebuah barang berharga yang dimiliki dan disenangi oleh seseorang. Menyenangi barang itu sehingga ia tidak ingin diberikan kepada orang lain. Demikianlah satu sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan manusia. Walaupun, sesungguhnya sebuah kejujuran adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Justeru itu ada yang memandang ketidakjujuran sebagai sebuah sikap yang lumrah atau biasa saja.

Seseorang memang sangat mudah untuk mengucapkan perkataan 'jujur', tapi sebenarnya dari ucapan itu tidak pernah ditunjukkannya, atau tidak ada sikap dan tindakan yang nyata. Seseorang yang benar-benar jujur sukar untuk ditemui.

Sesungguhnya, kejujuran ibarat permata yang begitu mahal harganya dan sangat tinggi nilainya. Seperti itulah sikap jujur, nilainya sama seperti permata tersebut. Namun pada hakikatnya, sikap jujur adalah sikap yang apa adanya, sikap yang ada kesungguhan dan keikhlasan. Bersikap jujurlah pada diri sendiri dan sesama manusia walaupun kejujuran itu sukar untuk dilihat. Sesungguhnya kebahagiaan sebenar adalah lahir dari sebuah kejujuran.
  Wassalam

Tuesday, January 11, 2011

Untuk rasa lebih tenang>>> Berhenti Mengharap


Mari kita renung2kan….

 
Untuk rasa lebih tenang dan tenteram, berhentilah berharap pada orang lain. Sebab kalau kita berharap pada orang, nanti kita akan kecewa apabila harapan kita tu tak ditunaikan.
·         Kita ni memang biasanya suka sangat meletakkan harapan dan berhajat pada pertolongan orang, terutamanya apabila dalam kesulitan.
·         Ini silap besar. Islam tak ajar kita berharap pada makhluk.
·         Islam menyuruh kita hanya meletakkan sepenuh harapan pada Allah. Sebab hanya Allah lah yang dapat membantu kita.
·         Setiap hari, kita berikrar dalam solat setidak-tidaknya 17 kali mengatakan “Hanya kepada Allah kita sembah, dan kepada Allah sajalah kita mohon pertolongan.”
·         Habis, apa perlunya lagi kita berharap dan meminta bantuan daripada manusia lain? Sedangkan manusia itu pun berharap pada Allah juga.
·         Apabila kita berharap pada orang lain, orang yang kita harapkan tu tak dapat tunaikan hajat kita, maka kita pasti kecewa, kita bengang dan kita akan terasa hati. Sedangkan itu semua adalah salah kita. Siapa suruh kita berharap pada makhluk? Itulah akibatnya…
·         Jadi untuk berasa lebih tenang dan bahagia, BERHENTILAH BERHARAP KEPADA MAKHLUK, sebab itu semua hanya akan menyesakkan dada dan menyakitkan jiwa. Kita pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila harapan kita tidak ditunaikan.
·         Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Letakkan sepenuh harapan padaNYA dan yakinlah bahawa Allah pasti akan menunaikan hajat kita. Tak cepat, lambat. Kalau bukan di sini, insyaAllah di akhirat nanti Allah balas.
 Kalau pun, Allah tak tunaikan hajat kita, jangan sedih jangan gulana. Anggap sajalah bahawa Allah tak tunaikan hajat kita kerana mungkin disebabkan oleh kelemahan dan dosa-dosa yang kita telah lakukan.

·         Yang penting, kita kena BERHENTI LAH BERHARAP PADA ORANG LAIN sebab ianya hanya akan mengecewakan hati anda. Percayalah. Saya dah banyak kali kecewa dan berkecil hati, sebab orang lain tak dapat tunaikan harapan saya. Sedangkan semua itu bukan salah mereka. Sebaliknya saya lah yang silap sebab mudah berharap pada orang lain. Akibatnya, saya yang kecewa dan kecil hati tak tentu pasal.

Namun kini, saya hidup lebih tenang dan tenteram. Saya rasa lebih bahagia apabila saya berhenti berharap pada orang. Sebaliknya saya hanya mengharapkan bantuan dan pertolongan Allah pada saya. Saya yakin hanya Allah saja  yang mampu bantu dan tolong selesaikan semua masalah dan tunaikan segala hajat keinginan saya. Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang, aman, tenteram dan lebih bahagia….

****************************************

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...