Penyebab Keresahan Hidup
HAMBANYA dan KHALIFAH di atas muka bumi
ini. Pastinya dalam menjalankan tanggungjawab
tersebut kita berhadapan dengan pelbagai
rintangan, dugaan, kerehnah dan tribulasi yang
merupakan ujian Allah kepada kita. Kita harus
memahami bahawa DUNIA adalah ladang
semaian, hasil ladang itu membawa kepada suatu
ganjaran di Akhirat kelak.
Justeru sejajar dengan tabii manusia itu dalam
menjalani liku-liku kehidupan pastinya kita
berhadapan dengan "stres", tekanan yang
akhirnya membawa kepada keresahan hidup.
Penyebab keresahan dalam hidup manusia
menurut pandangan Islam sangat banyak tetapi
yang menjadi punca utama ialah :
Tidak adanya iman atau lemahnya iman
seseorang.
Percampuran antara iman dan syirik.
Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha
manusia ada ketentuan Allah yang Maha
Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang
diciptakan dan berada dalam kekuasaanNya.
Firman Allah Ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-
apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk
tunduk kepadaNya" (Surah al-Rum : 26)
Umat Islam kurang menghayati dan
mengamalkan kehidupan berumah tangga
berlandaskan ajaran Islam. Ibu bapa atau penjaga
kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan
pendidikan keagamaan kepada anak di samping
ilmu pengetahuan yang lain.
Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari
dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi
manusia melakukan perkara yang haram mengikut
hukum syarak.
Manusia terlalu membanggakan ilmu
pengetahuan hasil daripada pemikiran akal
manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran
manusia amat terbatas.
Pengaruh makanan dan minuman haram ke
atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.
Adanya penyakit rohani yang membahayakan
dan merosakkan peribadi dan martabat manusia
seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak
dan sebagainya.
Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu
mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu
mementingkan urusan duniawi.
Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau
berdosa kerana telah melakukan perbuatan
terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya
sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini
menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak
tenteram dan tertekan.
Semoga dengan apa yang akan disampaikan
dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan
terutama pada diri kita dan seluruh kaum muslimin
dan muslimat dalam rangka meyempurnakan
displin kehidupan agar sentiasa memperoleh
taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment